
Pada hakikatnya, setiap insan dilahirkan dengan kekuatan dan potensi diri masing-masing. Kekuatan dan potensi diri ini mungkin berbeza-beza, tidak pernah serupa antara kita. Tetapi, ramai yang sebenarnya tidak menyedari akan potensi diri mereka sendiri. Sedangkan potensi diri setiap orang itulah yang menunjangi kejayaan dalam hidup mereka jika dan hanya jika diasah dan digilap dengan baik.
Untuk berjaya dalam kerjaya atau apa sahaja yang dilakukan dalam kehidupan seharian, kita perlu berusaha secara berterusan untuk menjadikan hari ini lebih baik dari semalam dan esok lebih baik dari hari ini dengan meningkatkan diri kita dalam tiga perkara.
1. Menambah Ilmu Pengetahuan (tahu apa)
2. Mempelbagaikan Kemahiran (tahu bagaimana)
3. Merubahkan Sikap Kearah Yang Positif (tahu kenapa)
Sikap adalah perkara yang sukar diubah seperti sabda Rasulullah, " Kalau ada orang menyatakan Gunung Uhud itu sudah berubah tempat, boleh dipercayai tanpa dilihat terlebih dahulu. Tetapi kalau ada orang yang menyatakan Polan itu sudah berubah perangainya, jangan kita terima kecuali kita saksikan dulu." Bagaimanapun ia boleh diubah seperti tercatat didalam Surah Arra'd ayat 11, ' Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum itu sehingga mereka sendiri yang mengubahnya'. Anda boleh berubah sekiranya anda mahu dan bersedia untuk berubah. Ramai yang mahu berubah tetapi tidak bersedia kerana tidak tahu caranya.
Ya, inilah masanya untuk kita bersama membongkar rahsia potensi diri kita!
Sertai kami dalam Seminar Potensi Diri bersama Encik Rizal, Pengerusi Kumpulan Syarikat In-Person Training and Consultancy. Beliau adalah seorang pakar motivasi dan juga merupakan penulis buku-buku motivasi. Butiran seminar adalah seperti berikut:
Tempat: AUDITORIUM MASJID AL-AZIM
Tarikh: 16 MEI 2010
Masa: 8.00 PAGI - 1.00 PETANG
Yuran: RM 100 SAHAJA
Kepada sesiapa yang berminat, boleh hubungi USTAZ SULAIMAN di talian:
017-5530432 / 017-6724362 / 017-2738731
Anda turut boleh menggunakan kaedah SMS. Hanya taipkan NAMA PENUH / ALAMAT / NO TEL dan hantarkan ke nombor 017-5530432.
Seminar ini turut menawarkan promosi hebat di negeri Melaka. Tawaran istimewa dibuka bagi 400 penyertaan PERTAMA dengan potongan sebanyak RM 50 sahaja. Potongan sebanyak RM 25 juga turut diberikan kepada Guru Besar dan Pengetua serta Kaunselor sekolah. Seminar ini terbuka kepada sesiapa sahaja yang berminat tanpa mengira umur, jantina, agama dan bangsa.
APA YANG ANDA TUNGGU LAGI???
Pilihan terletak di tangan anda kerana anda yang menentukan masa depan anda sendiri. :)

0 comments:
Post a Comment